Sunday 13 May 2012

Perkembangan Terkini KKMB 14/5/2012

Tetuan Masleena, Yee & Partners telah menerima surat kelulusan perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Kasturi Klasik (M) Berhad yang baru, iaitu En. Nahar Johari, pada 10 Mei 2012 yang lepas dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ini adalah berikutan temu duga yang telah diadakan pada 27 April 2012. Dengan adanya kelulusan ini, pihak KKMB boleh meneruskan usaha untuk mematuhi langkah-langkah fasa terakhir bagi permohonan kelulusan dibawah Skim Kepentingan SSM, iaitu menyedia, menyerah dan mendapatkan kelulusan bagi penerbitan Prospektus untuk Skim Kepentingan Program Mentor-Mentee Kasturi Klasik (PMMKK).

Di bawah ini kami paparkan sesalinan surat tersebut untuk makluman semua.




Sekian, terima kasih.

Kumpulan Pengurusan Baru
Kasturi Klasik (M) Berhad

15 comments:

  1. Salam..selepas kelulusan ini, berapa lama agak nya lagi untuk proses akhir utk permohonan kelulusan dibawah Skim Kepentingan SSM, iaitu menyedia, menyerah dan mendapatkan kelulusan bagi penerbitan Prospektus untuk Skim Kepentingan Program Mentor-Mentee Kasturi Klasik (PMMKK). TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Sekarang, pihak KKMB sedang menunggu dokumen-dokumen penting yang disediakan oleh pihak-pihak yang berkaitan, seperti berikut:-
      1) Laporan Kewangan & Pengauditan Akaun bagi tahun 2010 & 2011 (sedang disiapkan oleh Juru Audit Luaran)
      2) Laporan Perunding Bebas (sedang disiapkan oleh Juru-Perunding perniagaan)
      3) Profil lengkap KKMB & Pengurusan Baru (oleh KKMB)

      Apabila telah lengkap, KKMB akan menyerahkan dokumen-dokumen ini kepada Tetuan Masleena, Yee & Partners, untuk disusun dan diserahkan kepada pihak SSM. Di pihak SSM pula, mereka telah menyatakan bahawa ianya akan mengambil masa 7 hari bekerja untuk memberikan kelulusan. Di pihak Tetuan Masleena, Yee & Partners pula, ianya hanya akan mengambil masa sekitar 3-4 hari bekerja.

      Untuk dokumen berkaitan profil lengkap KKMB & pengurusan baru, ianya sudah 80% siap. Bagi Laporan Perunding Bebas, ia akan mengambil masa sedikit, namun kami menganggarkan dalam 10 - 14 hari bekerja dari sekarang. Manakala Laporan Kewangan pula sudah berada di tahap 50% siap.

      Kami menganggarkan, kelulusan ini boleh diperolehi sekitar hujung bulan Mei - pertengahan bulan Jun 2012. InsyaAllah..

      Sekian, terima kasih.

      Ketua Pegawai Korporat
      Kumpulan Pengurusan Baru
      Kasturi Klasik (M) Berhad

      Delete
    2. Salam,

      based on web page ssm,( http://www.ssm.com.my/ms/company/is-pending-approval ) sy dapati ada 18 syarikat termasuk kkmb yg masih menunggu kelulusan dr SSM utk skim kepentingan ini. adakah proses permohonan ini dijalankan secara serentak? kalo secara serentak, bolehkah SSM memberi kelulusan kepada KKMB n dalam masa yg sama menguruskan permohonan yang lain pada jangkaan tarikh hujung Mei @ pertengahan Jun?

      TQ

      Delete
    3. Salam,

      setahu kami, SSM tidak memberikan kelulusan serentak. Permohonan diproses dan kelulusan diberikan mengikut jadual masing-masing, dan tidak dilaksanakan serentak. Tentang pengurusan SSM, kami yakin SSM dapat menjalankan tugas mereka sebaik mungkin.

      Terima kasih

      Delete
  2. Salam, adakah bermakna apabila kkmb menerima sahaja kelulusan (apabila semua proses seperti yg diterangkan diatas siap dan diserahkan) pada sekitar bulan mei - pertengahan jun ini, bermakna kkmb boleh menjalankan semula perniagaan secara sah dan berdaftar atau masih ada lagi prosedur yg perlu di laksanakan?

    TQ

    ReplyDelete
  3. Salam, betul. Setelah menerima kelulusan untuk menerbitkan Prospektus dari SSM, KKMB boleh menjalankan perniagaan secara sah dan berdaftar. Cuma pihak KKMB harus mendapatkan pembaharuan kelulusan penerbitan prospektus setiap 6 bulan, kerana setiap kelulusan untuk penerbitan prospektus yang diberi oleh SSM adalah untuk 6 bulan sahaja. Ini adalah langkah pengawasan dan pemantauan SSM.

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Selepas semua kelulusan sudah diperolehi, bagaimana pula proses pembayaran untuk mentor (pembeli pekej) yang sebelum ini??

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Proses pembayaran semula kepada mentor-mentor skim lama hanya akan diumumkan setelah pihak EuroNexus selesai mengambil alih saham didalam KKMB.

    Terima kasih

    ReplyDelete
  6. Salam.
    Ingin bertanya sedikit mengenai kaedah pembayaran semula kepada mentor lama. Apakah kaedah pembayaran yang di diberikan kepada mentor?Adakah beransur - ansur atau bayaran penuh?

    Dari mana sumber kewangan di perolehi untuk membayar semula wang mentor? Adakah menunggu suntikan kewangan dari mentor - mentor baru yang akan join apabila skim Kepentingan di perolehi? atau Nero Nexus mempunyai kewangan sendiri untuk selesaikan hutang kepada mentor lama?Setahu saya kasturi klasik memang ada masalah kewangan yang ketara sbb itu pembayaran kepada mentor lama tidak dibuat.

    mohon jasa baik tuan blog untuk beri maklum balas.terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Salam En. Khairil,

    Kaedah pembayaran kepada Mentor-Mentor dari Skim Lama akan dibuat secara beransur dan berjadual, serta dibayar oleh syarikat EuroNexus, bukan Kasturi Klasik. Pembayaran tersebut akan dibuat menggunakan sumber kewangan EuroNexus sendiri. Walaupun EuroNexus akan menjadi pemegang saham terbesar di dalam Kasturi Klasik apabila program pengstrukturan semula ini dilaksanakan, segala bentuk perolehan dari Skim Baru KKMB tidak boleh dipindah atau digunakan untuk pembayaran mentor-mentor Skim Lama, kerana ia menyalahi undang-undang dan melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh SSM. Ini boleh menyebabkan Lesen Skim Kepentingan KKMB ditarik semula oleh pihak SSM.

    Namun begitu, keuntungan bersih diaudit, yang diperolehi menerusi operasi Skim Baru yang telah berjalan selama sekurang-kurangnya setahun(jika dan apabila ada), boleh di agihkan kepada EuroNexus (sebagai pemegang saham) dan seterusnya digunakan untuk penyelesaian hutang - hutang lama (termasuk pembayaran semula mentor lama). Sekiranya operasi dibawah Skim Baru tidak merekodkan keuntungan, maka pihak EuroNexus akan terus melaksanakan pembayaran semula menggunakan sumber kewangan mereka sendiri, sehinggalah Kasturi Klasik dapat menjana keuntungan dari operasi Skim Baru.

    Harap maklum

    Sekian,

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  8. salam,satu shj yg saya nak tau,bilakah tempoh yang paling cepat duit mentor akan dibayar semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam En. Kamaruddin,

      sila lihat komen kami didalam posting En. Samad Agogo bertarikh 6 Jun 2012.

      Sekian, terima kasih.

      Delete
  9. Assalam Tuan,
    Rasanya sudah genap 2 tahun kami sebagai mentor lama tertunggu-tungu akan pembayaran semula ini. kami sebagai mentor lama tidak diberi sebarang kenyataan @ perkembangan terkini terhadap aktiviti syarikat KKMB samaada melalui surat pekeliling atau memo khas. sehinggalah kepada terbitnya blog ini yang menerangkan tentang pengambil alihan kuasa daripada pihak EuroNexus sebagai pemegang saham terbesar. Untuk itu saya mengharapkan agar blog ini diupdate sentiasa agar kami dapat mengetahui perkembangan yang berlaku di pihak Tuan. soalan saya boleh kah pihak Tuan memberi tempoh yakni tarikh kepada kami akan pembayaran semula kepada mentor mentor?
    Salam & Terima Kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam En. Samad,

      Terima kasih diatas maklum balas serta komen yang positif dari pihak Tuan. Kumpulan Pengurusan Baru akan senantiasa bekerja keras untuk menyelesaikan masalah KKMB dan memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada pihak-pihak yang berkenaan secepat yang mungkin.

      Untuk makluman pihak Tuan, mengikut anggaran awal kami, pihak EuroNexus akan mengadakan mesyuarat dengan Mentor-Mentor lama sebelum bulan Ramadhan, untuk membincangkan cara penyelesaian dan pembayaran balik pelaburan. Selepas selesai mesyuarat tersebut, barulah pihak EuroNexus akan memulakan proses pembayaran semula mengikut cara dan jumlah yang telah dipersetujui, bermula sebelum bulan Syawal.

      Namun begitu, pihak Tuan harus faham bahawa proses - proses yang diterangkan diatas hanya akan dilaksanakan apabila SSM mengeluarkan lesen penuh Skim Kepentingan kepada KKMB. Setakat hari ini, pihak KKMB sudah pun menyiapkan 2 daripada 3 dokumen -dokumen yang diperlukan untuk dijadikan sebagai satu Deraf Prospektus. Yang tinggal hanyalah Laporan dan Audit Kewangan KKMB, dimana ia sedang disiapkan oleh pihak JuruAudit luar. Kami dimaklumkan oleh pihak Juru Audit bahawa terdapat banyak masalah yang dihadapi oleh pihak mereka disebabkan oleh penyelengaraan dan pengurusan kewangan yang lemah oleh pengurusan KKMB yang lama. Oleh yang demikian, kemungkinan ada sedikit kelewatan didalam penyediaan Laporan dan Audit Kewangan KKMB.

      Walaubagaimanapun, pihak Pengurusan Baru akan meneruskan usaha untuk menepati 'dateline' yang telah disebutkan diatas. Sebarang perkembangan yang terkini mengenai proses perlesenan dan penyelesaian akan diterbitkan menerusi laman web ini.

      Sekian, terima kasih.

      Delete
    2. Tuan,
      Terima kasih di ucapkan kerana menjawab persoalan dan memberi maklum balas kepada para mentor. Pihak kami cuma berharap agar pihak tuan berpegang pada janji dan tidak memberikan kami janji kosong atau janji manis seperti mana perngurusan lama KKMB berikan kepada kami. Kami juga mendoakan yang terbaik agar pihak tuan dan pihak kami berada didalam situasi menang - menang (win - win situation).

      Di harap pihak tuan terus memberikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai perkara ini kerana kami sentiasa mengikuti perkembangan KKMB ini. Apa yang kami harapkan adalah mendapat kembali wang pelaburan kami.

      Sekian, terima kasih.

      Delete