Seperti yang dinyatakan di dalam posting kami sebelum ini, setakat 23hb April 2012, status permohonan Skim Kepentingan KKMB sekarang sudah berada di peringkat "Daftar Ikatan Amanah'. Untuk melaksanakan proses ini, KKMB bersama dengan Tetuan Masleena, Yee & Partners harus mendaftarkan Ikatan Amanah yang telah diluluskan di Pejabat Duti Stem, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Kementerian Kewangan Malaysia) dan seterusnya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Apabila Ikatan Amanah tersebut telah didaftarkan di SSM, pihak SSM akan mengeluarkan Kelulusan Rasmi Skim Kepentingan KKMB.
Harap maklum.
Terima kasih
Kumpulan Pengurusan Baru
Kasturi Klasik (M) Berhad
salam..boleh saya tahu, selepas lawyer mendaftarkan ikatan amanah, agak2 berapa lamakah jangka masa yg mugkin diambil oleh ssm utk mengeluarkan kelulusan rasmi skim kepentingan..harap respon dr pihak kkmb..tq
ReplyDeleteWasalam,
ReplyDeleteMengikut Tetuan Masleena, Yee & Partners, kelulusan Rasmi dari SSM akan mengambil masa sekitar 7 hari bekerja setelah Surat Ikatan Amanah itu didaftarkan di SSM. Ketika itu, Skim KKMB sudah berdaftar namun, pihak KKMB masih belum boleh menjual pakej - pakej kepada orang ramai, kerana ia memerlukan perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif yang diluluskan, dan menerbitkan Prospektus yang telah diluluskan oleh SSM.
Mengikut jangkaan kami, dengan mengambil kira faktor-faktor manusia (human factors), Kelulusan Sepenuhnya (termasuk kelulusan penerbitan Prospektus), akan dapat diperolehi selewat-lewatnya 31 Mei 2012.
Sekian