Tetuan Masleena, Yee & Patners telah mendaftarkan Surat Ikatan Amanah yang telah di setem oleh Pejabat Setem, Kementerian Kewangan Malaysia, kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 26 April 2012
Maka dengan ini, pihak KKMB hanya menunggu surat maklum balas dan penerimaan dari SSM mengenai pendaftaran Surat Ikatan Amanah tersebut. Sehubungan dengan itu, calon Ketua Pegawai Eksekutif Kasturi Klasik yang baru iaitu En Nahar Dato' Johari telah menjalani temuduga rasmi dengan pihak SSM dengan jayanya pada 27 April 2012 jam 10.30 pagi tadi. En Nahar dipahamkan bahawa surat kelulusan bagi perlantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Ekseketif KKMB akan dikeluarkan pada sekitar minggu hadapan.
Disertakan dibawah sesalinan surat dari Tetuan Masleena, Yee & Partners kepada SSM :-
Sekian, terima kasih.
Kumpulan Pengurusan Baru
Kasturi Klasik (M) Berhad
No comments:
Post a Comment