Wednesday 6 June 2012

Perkembangan Terkini KKMB 07/06/2012


Pihak pengurusan baru telah menghantar dokumen dan fail-fail kewangan KKMB kepada pihak auditor iaitu Azlan Aziz & Partners (AAP) pada 30hb Mei 2012 yang lepas, untuk mengemas-kini akaun dan seterusnya di audit.

Kami dimaklumkan oleh pihak auditor baru-baru ini bahawa terdapat banyak isu yang timbul semasa proses perakaunan dilaksanakan, dan perkara tersebut akan mengambil sedikit masa untuk diselesaikan.

Apabila proses ini selesai, barulah pihak Auditor dapat menyempurnakan perakaunan KKMB, dan seterusnya melaksanakan pengauditan. Audit ini adalah penting kerana ia merupakan elemen penting didalam pembikinan Prospektus. Laporan Audit ini, bersama - sama dengan Laporan Perunding Bebas dan Profil Pengurusan akan menjadi sebagai satu Deraf Prospektus, dan akan diserahkan kepada pihak SSM untuk kelulusan. KKMB difahamkan bahawa kelulusan boleh diperolehi dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh penyerahan. 





Sekian, terima kasih

Kumpulan Pengurusan Baru
Kastri Klasik (M) Berhad

2 comments:

  1. Assalam Tuan,
    Salam Ramadhan.. saya ternanti2 perkembangan terkini dari blog Tuan. sementara itu seperti yg pernah Tuan terangkan pada soalan saya dalam post yang lepas yakni perjumpaan diantara mentor menti dengan pihak Tuan akan diadakan sebelum bulan ramadhan. tetapi sehingga kini saya masih belum mendapat undangan ke perjumpaan tersebut. adakah hanya janji kosong untuk menyejukkan hati kami sebagai mentor dan menti...? harap penjelasan dengan lebih lanjut. Salam..

    ReplyDelete
  2. Salam En. Samad dan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak,

    pihak kami bukan sengaja tidak update blog syarikat, tetapi kami terpaksa menunggu keputusan 2 mesyuarat yang masih belum di adakan, iaitu, 1) Mesyuarat dengan pihak Auditor dan Peguam KKMB, dan 2) Mesyuarat dengan pihak SSM. Mesyuarat - mesyuarat tersebut amatlah penting kerana pihak Auditor menghadapi masalah besar didalam menyiapkan dan menyediakan akaun syarikat dan juga Laporan Audit bagi tahun-tahun 2009 - 2011. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Laporan Kewangan ini amatlah penting bagi proses untuk mendapat kelulusan terakhir dari SSM, iaitu kebenaran untuk menerbitkan Prospektus.

    Mesyuarat dengan pihak Auditor hanya boleh di adakan pada minggu depan, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Manakala mesyuarat dengan pihak SSM pula hanya boleh diadakan berikutan mesyuarat dengan pihak Auditor dan peguam itu nanti.

    Pihak EuroNexus juga telah menghantar seorang lagi pegawainya untuk memantau proses-proses ini, sebagai langkah akhir sebelum mereka melaksanakan proses pengambil-alihan saham KKMB, apabila lesen sepenuhnya dikeluarkan.

    Sememangnya, pada mula saya menganggakran bahawa kerja-kerja audit dapat disiapkan sebelum belum puasa, namun apabila semua dokumen kewangan syarikat diserahkan kepada pihak Auditor, mereka mendapati terdapat banyak dokumen-dokumen serta rekod transaksi kewangan yang telah hilang. Setiap rekod yang hilang harus di "qualified' kan sebelum mereka meneruskan ke peringkat seterusnya. Itu yang mengambil masa yang lama. Mengikut data mereka, terdapat lebih 45,000 transaksi bagi tahun 2009-2011, dan hanya 31,000 lebih dokumen atau rekod yang ada ditangan mereka. Itulah sebab kelewatan ini.

    Kami harus mengambil langkah yang teliti ini untuk mengelakkan timbulnya kerumitan apabila EuroNexus mengambil alih kelak.

    Oleh yang demikian, kami berharap, pihak Tuan dapat bersabar sedikit, dan memberi ruang kepada kami untuk menyelesaikan masalah ini.

    InsyaAllah, kami akan update blog syarikat apabila selesai mesyuarat-mesyuarat tersebut.

    Sekian terima kasih

    Nahar Dato' Johari
    Ketua Pegawai Eksekutif
    Kumpulan Pengurusan Baru

    ReplyDelete