Monday 6 August 2012

Perkembangan Terkini 6/8/2012


Berikut adalah perkembangan terkini  KKMB dan proses perlesenan KKMB, setakat 6 Ogos 2012.

Kami dimaklumkan bahawa bagi kerja-kerja kemaskini akaun bagi tahun 2009 sudah berada di tahap 80%. Ini adalah kerana, daripada 24,301 transaksi kewangan bagi seluruh tahun 2009, hanya 10,477 rekod yang dijumpai, dan sebanyak 13,824 rekod yang telah hilang atau dimusnahkan oleh pihak-pihak tertentu. Oleh yang demikian, kesemua rekod-rekod tersebut haruslah di layakan (qualified) satu per satu, sebelum maklumat-maklumat tersebut boleh diterima pakai untuk tujuan pengauditan. Pihak juruaudit juga mengalami kelewatan kerana kebanyakan rekod-rekod yang hilang adalah pada suku pertengahan dan akhir bagi tahun 2009. Dianggarkan bahawa akaun bagi 2009 ini hanya boleh selesai selepas Syawal 2012. Mengikut jangkaan rasmi, proses perakaunan akan siap sepenuhnya sekitar bulan Oktober, manakala proses pengauditan pula akan selesai selewat-lewatnya pertengahan bulan November.

Kami juga menghadapi satu lagi masalah dari pihak juruaudit iaitu masalah pembayaran kos perakaunan dan pengauditan. Jumlah yang telah di invoiskan kepada pihak kami adalah sebanyak RM 60,000. Buat masa sekarang, pihak syarikat tidak mempunyai sumber kewangan untuk membuat sebarang pembayaran kepada pihak juruaudit, dan akan berusaha untuk memujuk mereka untuk memberikan kerjasama pada pihak syarikat.

Untuk menyelesaikan masalah yang tersebut di atas, pihak Kumpulan Pengurusan baru telahpun bertemu dengan beberapa pelabur luar negara untuk mendapatkan pelaburan jangka pendek yang dapat menampung kos-kos operasi dan modal untuk meneruskan proses perlesenan ini. Walaupun telah menerima maklum-balas positif dari beberapa pihak, namun keputusan muktamad masih belum diperolehi dari mereka yang berminat. Harapan kami adalah untuk mendapat pelaburan tersebut sebelum Eidul Fitri.

Ada satu lagi perkara penting yang harus diketengahkan. Pihak KKMB telah menerima notis petisyen untuk menggulungkan syarikat dari Tetuan Rashid Zulkifli, Penguamcara dan Peguambela untuk salah seorang Mentor didalam skim lama, iaitu En. Zamakhshari Tun Dr Ismail. Pihak beliau telah mendaftar permohonan penggulungan syarikat dibawah seksyen 218 Akta Syarikat  Malaysia itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dan perbicaraan akan diadakan pada 4hb September 2012. Tujuan kami mengutarakan perkara ini adalah untuk makluman semua mentor-mentor yang lain, bahawa sekiranya beliau berjaya untuk mendapatkan perintah penggulungan terhadap KKMB, pihak EuroNexus akan membatalkan perjanjian pengambil-alihan 80% kepentingan didalam KKMB, dan semua perlantikan untuk Kumpulan Pengurusan Baru akan ditamatkan dengan serta-merta.

Pihak kami ada menerima beberapa panggilan telefon serta lawatan dari mentor-mentor, yang menginginkan kembali wang pelaburan mereka, dan apabila bertemu dengan saya atau mana-mana ahli Kumpulan Pengurusan Baru, ada yang bersikap baik, dan ada juga yang bersikap kasar. Ingin saya mengingatkan kepada Tuan / Puan semua, bahawa saya dan semua ahli Kumpulan Pengurusan Baru yang lain berada disini untuk membantu anda. Kami di amanahkan oleh pihak SSM untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk semua permasalahan KKMB. Jadi adalah tidak wajar sekiranya saya atau rakan sekerja saya dimarahi atau ditengking, kerana bukan kami yang menyebabkan permasalahan ini. Kami disini untuk membantu dan berada di pihak anda semua. Kami faham bahawa anda semua adalah manusia, yang mempunyai perasaan marah, geram dan kecewa atas apa yang telah terjadi.. Anda juga harus ingat, kami juga adalah manusia.. Dan kami juga boleh berhenti dan angkat kaki. Bukanlah itu hasrat kami, tetapi sekiranya keadaan memaksa, kami tidak akan teragak-agak. Jadi kami memohon jasa baik, sokongan serta bantuan dari semua pihak untuk memberikan ruang kepada saya dan rakan sekerja yang lain, untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua pihak.

Secara rasminya, kami telah berusaha untuk mendapatkan pelaburan jangka-pendek dari pelabur-pelabur luar negara, dengan harapan mereka akan menyuntik modal baru kedalam KKMB sebelum Eidil Fitri ini. Namun setakat hari ini, tiada keputusan muktamad atau konklusif yang dapat diperolehi dari mereka. Pihak kami akan terus follow-up dengan mereka dengan harapan, sasaran untuk memperolehi sedikit modal sebelum Hari Raya akan tercapai.

Sekiranya terdapat apa-apa perkembangan terkini, kami akan memuat-naikannya dilaman web ini.

Sekian, terima kasih.


Ketua Pegawai Eksekutif Baru
Kumpulan Pengurusan Baru
Kasturi Klasik (M) Berhad

6 comments:

  1. Assalamualaikum... Saya ingin mendapatkan pencerahan berhubung ayat "Buat masa sekarang, pihak syarikat tidak mempunyai sumber kewangan untuk membuat sebarang pembayaran kepada pihak juruaudit, dan akan berusaha untuk memujuk mereka untuk memberikan kerjasama pada pihak syarikat"... adakah ayat ini juga memberi maksud yang pihak syarikat sbnrnya tidak mempunyai sebarang kewangan untuk membuat bayaran kepada mentor atau kewangan terlibat telah dibekukan atau lain2 maksud.. mohon pencerahan... terima kasih

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM,

    setelah membaca update di atas, saya ingin bertanya ada pihak pengurusan baru KKMB, apakah yang boleh kami, mentor2 lain buat untuk mengelakkan encik Zamakhshari dari meneruskan niat pentingkan diri sendiri untuk menggulung syarikat ini?? boleh kami membuat seakan petition yang kami boleh ramai2 tandatangan menentang Zamakhsari?? atau kami perlu hadir ke mahkamah bersama pihak KKMB pada hari sebutan kes tersebut atau bagaimana???

    ReplyDelete
  3. Adakah kapten ghazali masih bekerja dengan kasturi klasik pengurusan baru ini? Sila beri butiran jelas pelaburan yang bakal masuk dari dalam dan luar negara.

    Sila selesaikan tunggakan ini denfan segera...

    Bagaimana mahu hubungi kasturi klasik pengurusan baru. Tel di pejabat lama telah tutup.

    Kemana perginya ramli...?

    ReplyDelete
  4. KKMB dah gulung tikar secara rasmi pada 14 September 2012...

    ReplyDelete
    Replies
    1. maknanya segala post kat dalam blog ni yg kata nak bayar balik secara berperingkat tu semua sembang kosong semata2 la...? ape gunanya di adakan blog ni...? untuk memberi harapan palsu kepada pembaca ke..?

      Delete
    2. Ade pengurusan baru pn gulung tikar??

      Delete