Friday 6 April 2012

Selamat Datang dan Salam Sejahtera

Selamat datang ke Laman Weblog Rasmi Kasturi Klasik (M) Berhad / MingoMingo..

Weblog ini adalah bertujuan untuk menyalurkan maklumat dan perkembangan terkini mengenai Skim Kepentingan MingoMingo kepada semua pihak yang terlibat. Dengan wujudnya laman Weblog ini, para pemegang kepentingan bolehlah mengikuti perkembangan dan status kepentingan mereka didalam Kasturi Klasik (M) Berhad secara terus dari pihak pengurusan KKMB, tanpa bergantung kepada maklumat tidak rasmi atau tidak benar dari mana-mana pihak ketiga.

Kami sangat mengalu-alukan komen atau maklum-balas positif dan konstruktif dari semua pihak. Sekiranya anda ingin memberikan komen, maklum-balas atau sebarang pertanyaan, sila sertakan nama penuh, jenis package dan tarikh penyertaan pada posting. Kami akan membalasnya secepat yang mungkin.

Sekian, terima kasih.

Kumpulan Pengurusan Baru
Kasturi Klasik (M) Berhad
6 April 2012

14 comments:

  1. Sekarang siapa yg akan byr kepada mentor,dan bila?

    ReplyDelete
  2. kalau setakat ramli mazlan masih ada dalam management, kita dok kena kencing lagi la

    ReplyDelete
  3. En. Syam,

    Mengikut Perjanjian Persefahaman yang telah dimeterai pada 20 Januari 2012, diantara EuroNexus dan Pemegang - Pemegang Saham KKMB, EuroNexus bersetuju untuk mengambil-alih kesemua tanggung-jawab hutang KKMB dan pemegang - pemegang saham KKMB bersetuju untuk memindahkan sebanyak 80% dari saham - saham KKMB ke atas nama EuroNexus Capital Limited. Transaksi pemindahan saham dan hutang ini akan dilaksanakan sepenuhnya apabila Lesen Skim Kepentingan diperolehi sepenuhnya oleh KKMB dari SSM.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. En. Mus,

    Walaupun En. Ramli masih berada didalam Kumpulan Pengurusan Baru KKMB, beliau tidak lagi memiliki kuasa mutlak didalam syarikat. Kehadiran beliau adalah penting untuk memastikan Proses Penyelesaian dengan Mentor - Mentor dari Skim KKMB yang lama dapat dijalankan secara teratur dan sistematik. Ini adalah kerana beliau sendiri ingin memastikan setiap Mentor - Mentor mendapat pembayaran yang sewajarnya, tanpa sebarang keraguan dan kesilapan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Boleh tuan bagi maklumat dengan lebih jelas mengenai EuroNexus:
    1. Jenis perniagaan
    2. Pengarah syarikat
    3. Laporan kewangan

    Lagi satu saya amat musykil kenapa EuroNexus nak beli KKMB??? walhal KKMB mempunyai jumlah hutang yang besar..

    TQ..

    ReplyDelete
  6. Pegi website Euronexus.. kat http://euronexus.wordpress.com

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Pihak kami sudahpun memberi laluan untuk orang - orang memberi komen yang positif dan konstruktif. Kalau ada berfikiran yang semua pihak yang terlibat dalam proses penyusunan semula KKMB adalah tidak ikhlas, jangan follow.

    Untuk pengetahuan anda EuroNexus tidak dibadankan di London, England. Ia di daftar sebagai offshore company di Isle of Man. Cuma ia beroperasi di London. Kalau anda terlampau arif sangat tentang business dan tatacara operasi business antarabangsa, tentu anda sendiri tahu yang kebanyakan syarikat pengurusan ekuiti persendirian (private equity) diperbadankan di persisiran pantai supaya boleh mendapat insentif cukai yang terbaik. Mengenai duit yang di urus oleh Euronexus, ianya bukan duit mereka sendiri. Ia adalah duit yang diamanahkan kepada Euronexus untuk diuruskan dan dilaburkan didalam pasaran2 bagi pihak Pelabur mereka. Pada pendapat saya, adalah wajar untuk mereka untuk mewujudkan weblog yang percuma, yang dapat memberikan perkhidmatan penyaluran maklumat efektif jika dibandingkan dengan website yang berbayar. Euronexus yang anda maksudkan didalam link komen anda itu adalah Euronexus yang dahulu yang pernah diperbadankan dan telah dibubarkan, dan bukannya bankrap. Kalau ia bankrap, ia tidak boleh di Dissolved kan sehingga hutang selesai. Nampak sangat pengetahuan anda amat cetek tentang perundangan syarikat.

    Anda pun ternyata tidak ikhlas dan berniat tidak baik kerana, dari mula lagi, pihak kami meminta semua pihak yang hendak komen, mesti memberikan nama penuh dan maklumat lain. Kalau setakat menggunakan nama acronym, sesiapapun boleh nak komen. Oleh yang demikian, untuk memelihara tujuan asal weblog ini, iaitu untuk memberikan maklumat terkini dan tepat mengenai status atau kedudukan terkini KKMB, segala komen yang tidak disertakan dengan nama penuh dan maklumat peribadi, akan di dipadamkan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Encik/Puan pulak nama apa ye? Paku Dulang Paku Serpih.. bye..

    ReplyDelete
  10. Salam...

    Tujuan saya memberi komen, soalan dan pandangan dlm weblog ni adalah untuk mendapatkan jawapan/kepastian daripada kemusykilan dan keraguan yang ada di fikiran saya mengenai status syarikat EuroNexus. Saya mengambil langkah lebih berhati2 dan buat sedikit siasatan tanpa percaya membabi buta agar tidak terus ditipu..

    Saya cuma ingin pastikan EuroNexus itu benar2 wujud dan bukanlah syarikat yang bermasalah. Namun apabila diselidiki menggunakan keyword 'euronexuslimited' yang saya perolehi dari email group EuroNexus saya mendapati status syarikat tersebut adalah DISSOLVED, iaitu syarikat tersebut berstatus BUBAR yang membawa erti syarikat itu bermasalah.
    rujuk : http://ssm4.bytecraft.com.my/ms/faq-view?field_faq_type_value=Management+of+asset+of+a+dissolved+company

    Soalan saya:
    1. Bagaimana saya nak dapatkan prospektus syarikat EuroNexus tersebut?
    2. Kenapa gambar team management EuroNexus sudah dipadam dari weblog Euronexus? Adakah ada kaitan dengan komen saya dalam weblog ini sebelum ini?

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Saya tak kisahlah apa yang terjadi dalam syarikat. Apa yang penting, duit yang telah saya laburkan dapat dibayar semula oleh syarikat kkmmb.

    ReplyDelete
  12. bila masa pembayaran hendak di buat.. janji bulan ni mula sampai hujung tahun.. ada kah patut kami semua bergabung untuk fail kan saman pada en ramli dan kasturi klasik

    ReplyDelete
  13. blh kah anda bagi ketetapan tarik pembayaran yang tepat

    ReplyDelete
  14. Salam...

    Tujuan saya memberi komen, soalan dan pandangan dlm weblog ni adalah untuk mendapatkan jawapan/kepastian daripada kemusykilan dan keraguan yang ada di fikiran saya mengenai status syarikat EuroNexus. Saya mengambil langkah lebih berhati2 dan buat sedikit siasatan tanpa percaya membabi buta agar tidak terus ditipu..

    Saya cuma ingin pastikan EuroNexus itu benar2 wujud dan bukanlah syarikat yang bermasalah. Namun apabila diselidiki menggunakan keyword 'euronexuslimited' yang saya perolehi dari email group EuroNexus saya mendapati status syarikat tersebut adalah DISSOLVED, iaitu syarikat tersebut berstatus BUBAR yang membawa erti syarikat itu bermasalah.
    rujuk : http://ssm4.bytecraft.com.my/ms/faq-view?field_faq_type_value=Management+of+asset+of+a+dissolved+company

    Soalan saya:
    1. Bagaimana saya nak dapatkan prospektus syarikat EuroNexus tersebut?
    2. Kenapa gambar team management EuroNexus sudah dipadam dari weblog Euronexus? Adakah ada kaitan dengan komen saya dalam weblog ini sebelum ini?

    Sekian, terima kasih.

    -------------------------------------------------------------------

    Boleh tuan jawab pertanyaan saudara kk_investor_data bertarikh 16 April 2012 01:12 diatas?

    ReplyDelete