Tuesday 10 April 2012

Urutan Operasi KKMB & Mingomingo : Bahagian 2

Berikut adalah bahagian ke-2 Urutan Operasi KKMB & Mingomingo secara Rasmi.

8 November 2011
Pemegang-Pemegang Saham KKMB telah menerima satu Surat Hasrat (Letter of Intent) dari EuroNexus Capital Limited, sebuah firma pelaburan ekuiti dari London, England, dimana ia telah menawar untuk mengambil-alih sebahagian besar saham-saham dan kepentingan KKMB.

10 November 2011
Wakil Pemegang-Pemegang Saham KKMB telah memberikan persetujuan bersyarat secara bertulis kepada EuroNexus menerusi email, tertakluk kepada perbincangan lanjut kedua belah pihak.

16 November 2011
Satu mesyuarat telah diadakan di antara Pemegang-Pemegang Saham KKMB dan 4 orang wakil dari pihak EuroNexus. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat 2, Hotel Le Meridien Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh En. Ramli Mazlan, En. Nornikman dan Kapten (B) Ghazali Hashim bagi pihak KKMB, manakala pihak EuroNexus diwakili oleh Mr. Salahuddin Al-Makhtoum (Ketua), Mr. Ahmed Belluci, Mr. John Shoucair dan En. Nahar Dato' Johari.

Mesyuarat tersebut telah berlangsung selama 2 hari dimana pelbagai perkara telah dibentang dan diperbincangkan. Antara perkara yang dibincangkan adalah pengambil-alihan sebanyak 80% saham KKMB daripada En. Ramli Mazlan dan En. Nornikman secara 'Debt Swap' (Pertukaran Hak-Milik Hutang). Dengan ini, tanggung-jawab untuk seluruh hutang-hutang KKMB akan diambil-alih dan diselesaikan oleh pihak EuroNexus. Selain daripada itu, pihak EuroNexus juga berhasrat untuk memiliki kuasa mutlak diperingkat Pengurusan dan Lembaga Pengarah Syarikat KKMB. Urusan Pengambil-alihan ini adalah tertakluk kepada KKMB mendapat kelulusan dari SSM untuk beroperasi dibawah Skim Kepentingan secara sah.

30 November 2011
Pihak EuroNexus telah menghantar email kepada wakil Pemegang Saham KKMB, menyatakan yang mereka bersetuju untuk melangsungkan urusan pengambil-alihan saham dan kepentingan bersyarat didalam KKMB, dan telah menetapkan bahawa Persefahaman urusan tersebut akan dimeterai pada bulan Januari 2012.

20 Januari 2012
Pemegang-pemegang Saham KKMB telah memetari Perjanjian Persefahaman Pengambil - Alihan Saham dan Kepentingan KKMB menerusi Debt Swap dengan pihak EuroNexus Capital Limited, di Bilik Mesyuarat Wisma Kasturi, Desa Melawati, Kuala Lumpur.

13 Februari 2012
KKMB telah melantik Ketua Pegawai Eksekutif yang baru.

20 Februari 2012
Tetuan Masleena, Yee & Partners telah menyerahkan Maklumat Persendirian Ketua Pegawai Eksekutif KKMB yang baru kepada SSM untuk diproses dan dipertimbangkan.

20 Mac 2012
Tetuan Masleena, Yee & Partners telah memberikan surat makluman kepada KKMB bahawa YB Menteri telah meluluskan Surat Ikatan Amanah yang Baru termasuk pengecualian - pengecualian yang dipohon. Tetuan Masleena juga memaklumkan bahawa permohonan KKMB sudah berada diperingkat akhir, dan hanya menunggu keputusan mutakhir dari Jawatankuasa Skim Kepentingan SSM.

Sekian.

Terima kasih

Kumpulan Pengurusan Baru
Kasturi Klasik (M) Berhad

2 comments:

  1. Selamat sejahtera.

    Terima kasih atas segala maklumat berkenaan transfomasi baru di dalam KKMB. Saya ada beberapa soalan:

    1) Apakah yang akan di lakukan oleh Kumpulan Pengurusan baru di KKMB sekiranya mendapat kelulusan untuk menjalankan skim kepentingan? Adakah KKMB akan membayar semula segala hutang mereka kepada para pelabur?

    2) Apakah matlamat EuroNexus mengambil alih sebahagian besar saham KKMB? Adakah untuk mewujudkan perniagaan yang seumpama dengan apa yang KKMB lakukan selama ini?

    Maklum balas dari tuan blog amat saya hargai.

    ReplyDelete
  2. En. Khairil,

    1) Diantara 'Road Map' untuk Kumpulan Pengurusan Baru KKMB adalah menjalankan aktiviti perniagaan KKMB dengan menerapkan beberapa perubahan dari segi sistem operasi, pengurusan dan pemasaran. Perubahan - perubahan tersebut akan memastikan operasi KKMB akan dijalankan dengan lebih profesional, telus dan amanah. Mentor - mentor yang terlibat dengan Skim yang lama akan dilangsaikan, namun perincian penyelesaian tersebut masih diperbincangkan diantara pihak EuroNexus dan KKMB.

    2) Matlamat EuroNexus mengambil-alih saham dan kepentingan besar didalam KKMB adalah untuk membaiki kelemahan - kelemahan yang wujud didalam Skim yang lama. EuroNexus berpendapat perniagaan yang dijalankan oleh KKMB boleh mendatangkan keuntungan kepada semua pihak sekiranya ia dijalankan secara betul dengan melebarkan Saluran - Saluran Perolehan (Revenue Streams) KKMB. Unsur - unsur ini tidak wujud ketika KKMB menjalankan perniagaannya dulu. EuroNexus amat berminat untuk mendalami peluang perniagaan makanan ringan halal dan mereka percaya, dengan sokongan dari rangkaian rakan niaga EuroNexus di peringkat antarabangsa, perniagaan dan program KKMB yang baru boleh dan akan menjadi berjaya apabila lesen dikeluarkan oleh SSM kelak.

    ReplyDelete