Monday 9 April 2012

Urutan Operasi KKMB & MingoMingo

Berikut adalah Urutan Operasi Kasturi Klasik (M) Berhad dan Mingomingo secara Rasmi.

3 Mei 2010
Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memberhentikan operasi Mingomingo dan Kasturi Klasik (M) Berhad (KKMB) kerana didapati melanggar peruntukan dibawah Akta Syarikat Malaysia 1957.

10 Mei 2010
Menerusi Firma Guaman Omar, Affandi & Teh, KKMB telah menghantar surat rayuan kepada SSM untuk menimbang-semula pertuduhan yang dikemukakan dan memberikan maklumat-maklumat penting kepada SSM yang membuktikan tiada sebarang aktiviti penipuan dari pihak KKMB.

19 Mei 2010
KKMB telah menerima surat surat dari SSM yang menyatakan bahawa KKMB harus memohon kelulusan dibawah Skim Kepentingan mengikut Akta Syarikat Malaysia 1957 bagi operasi KKMB. Surat itu juga turut meminta KKMB menghantar dokumen-dokumen sokongan untuk tujuan permohonan kelulusan Skim tersebut.

24 Mei 2010
Satu mesyuarat telah diadakan diantara KKMB dan pihak SSM di Ibu Pejabat SSM di Plaza Stesen Sentral Kuala Lumpur. Pada mesyuarat tersebut, KKMB telah menyerahkan secara rasmi dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan kelulusan dibawah Skim Kepentingan. KKMB juga telah melantik Tetuan Omar, Affandi & Teh sebagai firma guaman rasmi untuk mengurus permohonan dibawah Skim Kepentingan ini.

26 Mei 2010 
SSM telah menghantar maklum balas terhadap permohonan KKMB dan telah meminta KKMB mengemukakan perlantikan Jururunding Bebas dan juga maklumat terperinci mengenai pakej-pakej yang bakal ditawarkan.

17 Jun 2010
KKMB telah menyerahkan Laporan Penuh Jururunding Bebas kepada SSM mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

7 Julai 2010
SSM telah menghantar surat dan mengarahkan KKMB untuk melantik Pemegang Amanah Bertauliah mengikut prosedur permohonan dibawah Skim Kepentingan.

20 Julai 2010
KKMB telah menyerahkan sesalinan deraf pertama Surat Ikatan Amanah (Trust Deed) mengikut prosedur permohonan Skim Kepentingan.

23 Julai 2010
SSM telah memberikan kelulusan dasar akan kandungan Surat Ikatan Amanah yang telah dihantar oleh SSM. Namun beberapa perubahan harus dibuat terhadap isi kandung Surat Ikatan Amanah tersebut.

21 Oktober 2010
KKMB telah menghantar Surat Ikatan Amanah yang telah dipinda mengikut garis-panduan yang telah ditetapkan oleh SSM. KKMB juga telah melantik Tetuan Pacific Trustees Berhad sebagai Pemegang Amanah Bertauliah bagi Skim Kepentingan ini.

22 Disember 2010
SSM telah memaklumkan kepada KKMB bahawa YB Menteri telah meluluskan perlantikan tetuan Pacific Trustees Berhad sebagai Pemegang Amanah Bertauliah dan meluluskan secara dasar isi kandung Surat Ikatan Amanah.

31 Mei 2011
KKMB telah melantik Tetuan Masleena, Yee & Partners sebagai firma guaman rasmi untuk mengendalikan permohonan kelulusan dibawah Skim Kepentingan, menggantikan Tetuan Omar, Affandi & Teh yang telah ditamatkan perkhidmatannya. Perlantikan Tetuan Masleena, Yee & Partners adalah mengikut pengesyoran oleh pihak SSM sendiri memandangkan Tetuan Masleena, Yee & Partners mempunyai pengalaman yang lebih meluas dan mendalam didalam permohonan - permohonan Skim Kepentingan.

2 Jun 2011
Tetuan Masleena, Yee & Partners telah merombak semula isi kandung Deraf Surat Ikatan Amanah, kerana ia didapati mengandungi unsur-unsur yang tidak sesuai dengan jalan operasi perniagaan KKMB apabila kelulusan diperolehi kelak.

6 Oktober 2011
Tetuan Masleena, Yee & Partners telah menyiapkan deraf Surat Ikatan Amanah yang baru dan telah menyerahkan kepada pihak SSM untuk diproses.

4 November 2011
Lembaga Pengarah KKMB telah memberhentikan semua pegawai dan kakitangan KKMB berkuat-kuasa serta merta. Ini adalah untuk membolehkan pihak Lembaga Pengarah merangka dan mengatur langkah untuk memperbetulkan kesilapan operasi dan pengurusan yang terdahulu.

Akan bersambung pada posting seterusnya.

Sekian

Pengurusan Baru 
Kasturi Klasik (M) Berhad

No comments:

Post a Comment